Adele telah selamat melahirkan Bayi Lelaki

0 comments

Penyanyi terbaik Britain, Adele telah selamat melahirkan bayi lelaki. Menurut Daily Mail, penyanyi lagu Someone Like you dan kekasihnya Simon Konecki menyambut kelahiran bayi sulung mereka dalam keadaan yang begitu gembira.

Menurut ahli keluarga terdekat mereka, pasangan berkenaan teramat seronok dengan kelahiran itu kerana mereka sudah lama mengharapkan untuk memiliki anak.

Bagaimanapun, jurucakap kepada penyanyi itu enggan mengesahkan atau menafikan berita kelahiran itu. “Kami tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini. Tiada komen,” ujar jurucakap penyanyi itu.

Setakat ini, tiada perkembangan lanjut mengenai bayi tersebut sejak berita kelahiran itu tersebar.Adele, 24, mula menjalin hubungan dengan Konecki yang merupakan seorang ketua kepada badan pertubuhan amal, sejak November tahun lalu.

Dia mengesahkan berita kehamilannya menerusi laman web pada Jun lalu.Sebelum ini, Konecki memiliki seorang anak perempuan yang berusia lima tahun, hasil perkahwinan dengan bekas isterinya Clary Fisher. – Webberita

Subscribe Me!

Search In This Blog

Artikel Terhangat